Rabu 27/02/2008. Hari ini sudah 7 hari YENG meninggalkan ku. Dlm tempoh itu juga aku selalu meratapi pemergian YENG. Kata ibuku sampai bila aku harus begini , tatkala aku sendirian tentu gambar2 YENG menjadi teman. Sambil ku meneliti gambar2 YENG sambil itulah titisan air2 jernih dr mataku mengalir. Aku berdoa semoga ada sinar baru dlm hidupku. walaupun aku tidak dapat penganti YENG namum aku pasrah menerima segala ketentuan Tuhan dgn redha. Jam 3.30pm aku terima panggilan dr DR.Azila dr Klinik haiwan Pintu Geng memberitahu ku bahawa ada sesuatu yg istimewa menungguku di kliniknya. Agak suspen mcm2 andaian dan tanda tanya dlm fikiran ku. Tak sabar rasanya nak melihat apa yg istimewa itu.
4.15pm Aku selamat sampai diklinik Dr.Azila. Aku disambut mesra kebetulan waktu itu ada ramai pelanggan aku menunggu dgn sabar.
KLINIK HAIWAN BARU
2640-A, KG. SIREH,
JLN SULTANAH ZAINAB, 15050,
KOTA BHARU KELANTAN
TEL: 012-9283950 / 09-7483539
Ada berita gembira , 3 ekor anak kucing berusia 1 bulan sedang menungguku. 1 berwarna hitam dan 2 berwarna oren. Alangkah gembiranya hatiku.... terbayang saat2 13thn dahulu semasa YENG masih kecil itulah rupanya. Aku memilih 1 diantara mereka sebagai penganti YENG. Kucing jantan berusia 1bulan kini milikku. Aku membelinya sebagai penganti YENG. Namanya juga sama seperti YENG. Lagak dan sifatnya juga 90% sama dgn YENG. Aku akan didik dan belai Baby YENG ini seperti arwah YENG juga. Tak sabar nak bawa kerumahku..

Klinik Dr.Azila Kg.Pintu Geng

Adik Beradik Baby Yeng
Family Baby YENG
Kasih sayang seekor ibu kepada anaknya
Dr.Azila & Baby Yeng
Baby YENG dlm perjalanan pulang kerumahku

Baby YENG tido
Dunia baru Baby YENG
Baby YENG
BabyYENG & mainannya
6 comments:
Hi, boleh tak saya nak mintak contact no dr. azila, coz she's my senior n dah lama tak jumpa dia, lost contact pulak tu.u can email me at catlina7@gmail.com.Thanks.
no contact Dr.Azila 012-9283950
Itulah hikmah apa yang berlaku. Patah tumbuh hilang berganti. Pemergian Yeng yang abadi telah diganti dengan J Yeng. Moga kehadiran J Yeng akan memberi semangat baru buat reen.
itulah hikmah apa yang berlaku. Patah tumbuh hilang berganti. Pemergian Yeng yang abadi telah diganti dengan J Yeng. Moga kehadiran J Yeng akan memberi semangat baru buat reen.
Terima kasih kepada mereka yg memberi sokongan..Alhamdulillah sekarang sudah ada penganti...walau siapa pun penganti yg lama tetap abadi.. tiada siapa pun yg boleh mengantikan.
YENG tetap YENG yg disayangi...
Realitinya memang yang pergi tak kan sama dengan yang datang. Walau patah tumbuh hilang berganti namun..yang tumbuh tak akan sama dengan yang patah. Yang ada tak akan sama dengan yang hilang. Namun..jangan menyesali apa yang berlaku.Sekurangnya hargai apa yang ada. Sekurangnya ia dapat mengubati diri. Moga kittun tersu tabah. Kebahagiaan tetap akan menjadi milikmu yang abadi
Post a Comment